Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Muhasabah’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Melakukan dosa adalah perkara yang paling susah untuk tidak buat bagi seseorang manusia. Maaf, bukan paling susah, bahkan takkan ada seorang pun yang tidak akan melakukan dosa walau satu hari. Apatah lagi diri hamba yang banyak lalai dari mengingat Allah, berzikrullah padaNya jauh sama sekali.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (2:222)

Aku akur, setiap hari memang aku gemar melakukan dosa, tidak kira samada melakukan perkara maksiat secara sedar atau tidak sedar. Alhamdulillah, jika aku TERsedar, maka aku akan beristighfar. Astaghfirullahal azim (Aku memohon keampunan pada mu ya Allah!) Namun, kalau aku tak sedar, maka secara automatically, malaikat yang mencatit amalan buruk (‘Atid) tanpa teragak-agak lagi sangat peka menjalankan tugasnya selaku makhluk ciptaan Allah. Mereka begitu taat dan bekerja tanpa kenal erti penat lelah. ( memang la malaikat tidak ada nafsu)

Lalu, aku terus melakukan dosa tanpa rasa malu kepada Tuhan dan tiada langsung rasa malu menikmati segala nikmat-nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada ku. Ya, aku akur selama ini aku tidak malu menjamah segala rezeki yang Allah telah kurniakan kepadaku. Aku tidak malu melihat segala ciptaan yang indah-indah yang Allah kurniakan kepadaku. Aku tidak malu menjejakkan kakiku di bumi Allah yang mempunyai kerajaan langit dan Bumi serta yang menciptakan tujuh petala langit dalam enam masa. (hanya Allah yang Maha Mengetahui)

Habis, bagaimana lagi aku nak tebus dosaku. Ya, setiap kali aku buat dosa, aku segera bertaubat selepas itu. Kemudian, selang seminggu aku buat lagi. Maklumlah, Maksiat ni kadang-kadang terasa enak apabila nafsu mula mengemudi hati ikut selera dia sahaja. Manusia ini kadang-kadang naik imannya, namun selalunya turun imannya. Situasi di mana turun imanku inilah yang paling susah untuk menghadapi nafsu-nafsu serakah yang menyelubungi diri ini setiap waktu.

“Ah, aku sudah tak tahan lagi menahan kemaruk selama berminggu-minggu aku bersabar ini! Ingin ku lepaskan semuanya!”

Tewas lagi aku kali ini!

Namun beberapa seketika kemudian, penyesalan sudah mula timbul dalam diri ini. Sampai bila lagi aku nak menyesal! Aku dah serik dengan perbuatan menyesal. Kemudian perasaan insaf menyusul, namun hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Begitulah peredaran nafsu aku setiap minggu. Kalau boleh tahan berbulan-bulan Alhadulillah lah. Tetapi ia jarang berlaku.

Macam kitaran haid pulak. Kahkahkah!

Aku tertanya-tanya diriku.

“Apakah amalanku, solatku, ibadahku selama ini diterima?”

“Kalaulah amalan aku ini sia-sia, bagaimana?”

“Sudah lah diri ini digelar macam-macam gelaran oleh rakan-rakan di IPT sana?

“Bukanlah aku suka sangat, tetapi bukanlah aku membencinya.”

“Namun, alhamdulillah. Mereka seolah-olah mendoakanku menjadi seorang yang baik dan soleh. Insha-Allah.”

“Aku takut aku ini soleh, baik, mulia pada pandangan manusia.”

“Tetapi pada pandangan ilahi aku ini tidak beza seperti seorang fasiq. Na’uzubillah!”

Ya Allah, aku memohon kekuatan dan keampunan dariMu! Sesungguhnya aku tidak punya daya dan upaya melawan nafsu ini sendirian melainkan dengan kekuatan iman yang Engkau kurniakan kepada setiap hambaMu yang soleh. Juga segala hidayah itu semata milikMu ya Rabb!

Maha suci Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat. Aku yakin dengan RahmatNya seluas langit dan bumi. Melalui hadith Qudsi, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari apa yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beliau bersabda:

“Dahulu, ada seorang yang telah berbuat dosa. Setelah itu, ia berdoa dan bermunajat; ‘Ya Allah, ampunilah dosaku! ‘ Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya hamba-Ku mengaku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa atau memberi seksa karena dosa.” Kemudian orang tersebut berbuat dosa lagi dan ia berdoa; “Ya Allah, ampunilah dosaku!” Maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa atau menyeksa hamba-Nya karena dosa….

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdapat juga riwayat daripada Al Hafizh Ibnu Rajab al Hambali mengatakan bahwa Ibnu Abi ad Dunya dengan sanadnya dari Ali berkata: 

”Sebaik-baik kalian adalah setiap yang terkena fitnah yang bertaubat, yaitu setiap kali dirinya terkena fitnah dunia (bermaksiat) lalu bertaubat; Ditanyakan kepadanya: “Jika dia mengulanginya lagi?

Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.” 

Dia ditanya lagi: “Jika orang itu mengulangi lagi?”

Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.”

Dia ditanya lagi: “Jika orang itu mengulangi lagi?”

Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.”

Dia ditanya: ”Sampai bila?”

Dia menjawab: ”Hingga syaitan kelelahan.”

Umar bin Abdul Aziz didalam khutbahnya mengatakan:

Wahai manusia, barangsiapa yang merasa melakukan dosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat, jika dia kembali berdosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat, jika dia kembali berdosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat. Sesungguhnya ia adalah kesalahan-kesalahan yang dililitkan diatas leher seseorang. Sesungguhnya kecelakaan adalah ketika hal itu diulang-ulang.”

Maksudnya (dari perkataan itu) adalah bahwa seorang hamba pasti melakukan apa yang telah ditetapkan baginya dosa, sebagaimana sabda Nabi shalalllahu ‘alaihi wa sallam:

Sesungguhnya Allah Allah `Azza Wa Jalla telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Para pendapat ulama:

Akan tetapi Allah telah memberikan kepada hamba-Nya jalan keluar terhadap dosa yang menimpanya dan Dia menghapuskannya dengan taubat dan istighfar. Dan Jika dia melakukannya maka dirinya telah terlepas dari keburukan dosa-dosa dan jika dia terus-menerus berdosa maka dia akan celaka.”

(Jami’ al Ulum wa al Hikam juz I hal 164 – 165) – (Fatwa al Islam Sual wa Jawab No. 9231)

Begitulah sifat Maha Sabar dan Maha Pengasih. Buktinya jelas, jalannya terbuka luas. Tiada alasan lagi untuk kita menangguh-nangguhkan segala dosa lampau yang telah kita lakukan.

Aku memperingati diriku dan juga para pembaca sekalian, tujuan aku berkongsi ilmu ini bukanlah untuk menganjur diri kita supaya terus menerus melakukan maksiat. Selepas itu segera bertaubat, kemudian buat maksiat lagi dan seterusnya mengulangi perbuatan tersebut.

Cumanya aku hanya ingin menyatakan di sini bahawa Rahmat Allah itu luas, serta murka Allah juga perlu kita ingatkan. Kita perlu ingat bahawa hisab/seksa Allah itu Maha Pantas. Allah juga Maha Teliti terhadap hama-hambaNya. Allah itu Maha Mengetahui yang tersembunyi ataupun nyata. Qada’ dan qadar kita di “tangan” Allah, mana lah tahu tak sempat kita bertaubat Allah taqdirkan kita ajal di saat kita melakukan maksiat! Na’uzubillahi min zaalik.

Nah! Diri ini dah berazam nak ber’taubat’ selepas bermaksiat, tetapi Allah mengambil nyawa di tengah-tengah jalan kita sedang bergelumang maksiat yang jelas hina buat sekalian makhluk.

Aduhai, segeralah bertaubat dan berazamlah untuk  berhenti daripada mengulangi perbuatan tersebut serta berusahalah untuk menjauhi perkara yang mendorong diri kita mendekati zina ini. Allah merakamkan firmanNya dalam surah al-Israa:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” 

( 17:32 )

Pernikahan adalah salah satu daripada langkah-langkah mengelak daripada terjerumus daripada maksiat.

Aku pinta sekali lagi kekuatan iman daripadaMu Ya Allah!

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum aku memulakan kalam ini, ingin aku menasihati diriku dan juga para pembaca sekalian. Kesakitan yang kita alami memang tidak terperi, tidak kiralah sakit dari segi jasmani, fizikal, mental atau rohani. Aku tahu, saban hari aku juga pernah mengalami sakit jiwa atau bahasa pasarnya ‘sakit hati’ kalau komen-komen di Facebook yang kadang-kadang mengeluarkan kata-kata yang berbaurkan individu,bangsa, dan paling sakit hati komen-komen atau status yang melibatkan agama.

Aku akur kesakitan tu kadangkala tidak dapat diubati, bukan tidak diubati, cuma kita tidak tahu apakah penawarnya. Sebenarnya semua sakit itu ada ubatnya, tetapi itu semua atas dasar usaha kita samada kita nak cari penawar itu atau buat sendiri, terpulanglah kepada individu itu. Tetapi apa yang pasti, penyakit yang memang pasti tiada ubatnya, ialah MATI. Sepertimana Baginda yang dikasihiNya telah bersabda:

Ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu.

Mereka bertanya, “apakah yang satu itu?”, Baginda menyatakan:

iaitu tua.”

(Hadith Riwayat Tarmizi)

Ya, Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali tua, tua itu kan dekat dengan mati.

Hampir setiap malam di rumah, aku sering menyapu ‘ointment‘ (sejenis ubat sapu) dekat siku nenekku. Malam-malam sebelumnya siku membengkak tetapi kelihatan tidaklah serius. Namun, dalam beberapa hari ni aku tersedar bengkaknya semakin merah dan membesar. Paling tidak dijangkakan, malam berikut, sikunya bengkak kemerahan sehingga bernanah! Masya-Allah, apa harus aku lakukan ni!? Manakan tidak, nanahnya itu pecah dan meleleh keluar. Ya Allah, sakitnya! Lagipun bukannya aku yang mengalami kesakitan itu. Pelik, macam lah aku boleh rasa apa yang nenekku rasa.

Lalu, aku pun tanya lah nenekku, “Tok, sakit dak tangan ni, bernanah sampai meleleh ni, sebelum ni tak macam ni pon.”

“Haa, sakit. Tapi tak apalah, sikit ja ni.” Balas nenekku sambil dahinya berkerut menahan sakit.

Aduh, Aku amati wajahnya pun dah boleh baca dia tengah menahan sakit. Aku pernah la juga sakit bernanah ni masa dulu. Ya Allah, seteruk-teruk sakit yang kau timpakan di dunia ni, lebih teruk azabMu di akhirat kelak. Moga-moga aku dijauhkan azabMu, Ya Allah. Sedang ku merenung nanah nenekku itu, teringat pula aku tentang sepotong ayat al-Quran menceritakan azab Allah di akhrat nanti kepada golongan yang ingkar akan perintahNya.

Dan tiada makanan sedikit pun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.”

( 69:36 )

Aku tak dapat lagi menerangkan bagaimana keadaan orang-orang yang berdosa di akhirat nanti. Nanah keluar dari kulit sendiri pun dah sakit, lagikan terpaksa minum darah dan nanah manusia-manusia yang ingkar kepadaNya nanti. Na’uzubillahi minzaalik.

Aku pun merenung wajah nenekku yang sudah pun lewat usianya. Mungkin usianya yang tua ini lah yang dikatakan oleh Baginda yang tiada ubatnya. Mungkin yang Baginda maksudkan tu usia tua tiada ubatnya nak balik menjadi muda semula. Sebab tu ramai warga-warga emas ni lah yang duk selalu nampak pi masjid setiap malam. Kalau pi mana-mana pun mesti orang tua lah yang jadi ‘pelanggan tetap’ rumah Allah. Alhamdulillah, mungkin mereka sendiri dah faham betapa dah lewatnya usia mereka menyebabkan mereka nak ‘cover’ balik amalan mereka ketika zaman pesta muda-mudi dulu.

Apa yang aku hairan terhadap golongan warga emas yang tak sedor diri ni. Dah la tua, ada hati lagi nak menyanyi lagu melalaikan, nak naik pentas berjoget berdansa, masih lagi main Facebook menyamar jadi orang muda mengurat anak gadis (yang main Facebook berdakwah, Alhamdulillah). Kadang-kadang tu aku tengok TV kat rumah dengan keluarga, ada la duk tunjuk orang menyanyi (bukan program realiti, kalau program realiti dah lama aku blah la. Menyampah aku tengok anak melayu dok tayang dedah mendedah. Bangga dengan kurnia Allah bagi, tapi guna tak kena tempat, malah mengundang murka Allah.) rancangan apa entah orang tua duk menyanyi, pakai baju melayu songkok sampin semua elok dah, tapi menyanyi atas pentas lagu cintan cintun. (Contoh, lebih kurang macam ni la)”Ku melihat wajah manis Si dia. Hati ku berdebar, haii asyiknya dunia…” Masya-Allah, sedar ke tak pokcik ni diri dah tua, usia yang Allah bagi ‘penalty’ tu guna sebaik-baiknya.

Berbalik kepada nenekku yang sakit itu, aku pun senyum pada wajahnya dan bagi la kata-kata semangat sikit, ” Sabar lah Tok, sakit ni sat ja. Sakit sikit ja. Allah saja nak ampun dosa Tok tu.”

Ya, ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Allah Maha Berkuasa di atas segala kehendakNya. Banyak cara yang Dia bagi nak ampun dosa kita. Antaranya inilah, melalui sakit.

 “Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab

( 39:10 )

Sayidatina ‘Aisyah pun pernah tanya kat Rasulullah s.a.w. tentang sakit dan apa Baginda cakap,

Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengan satu dosa.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, luasnya rahmatMu! Apa jua penyakit yang membelenggu kita, Allah sengaja ingin menggurkannya bagi kita dosa-dosa yang lampau. Aku bersyurkur Ya Allah, banyak sungguh cara yang Engkau akan ampunkan dosa hamba-hambaMu. Aku ni di usia muda pun dah banyak buat dosa, solat pun kadang-kadang tu lewat, bangun subuh pun kat rumah ni tak menentu. Aduhai si fulan!

Wallahu’alam.

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Usai saja menziarahi kakak ipar kepada pakcik aku di Subang, kami merancang untuk pulang ke rumah kami dekat SP (Sg. Petani atau kalau orang KL panggil Sunway Pyramid. Komersial lahh kampungku.) Kami terdiri daripada 4 orang beranak, aku, abang, mak, dan abah menaiki kereta Toyota Avanza kaler putih.

 

Masa kami bertolak dari Subang mungkin time tu dah pukul 1.00 p.m. Jadi, kami pun dah rancang nak jamaq takkhir la. (tak tau la pasaipa tak mau buat jamak taqdim…) Tak apalah, inilah rukhsah yang dikurniakan oleh Allah untuk hamba-hambanya di mana ia menunjukkan betapa kasih dan kisahnya Dia tentang perjalanan para musafirketika dalam perjalanan.

 

Jadi tak apa lah, ketika memandu abangku kelihatan ceria sahaja dok depan jadi drebar (driver). Mak aku ni pantang dok atas kereta ja tangan tu susah la kalau tak nampak mushaf-mushaf juzu’ al-Quran di sisinya . Sejuk hati aku tengok mak. Aku bersyukur dapat mak macam ni dan aku suka melihat mak membaca satu persatu ayat al-Quran yang di alunkannya. Tapi kadang-kadang tu aku terlalai juga. Aku tengok dan dengar saja mak baca. Aku tak baca pun, dengar saja. Kan dengar orang baca pun boleh peroleh pahala.

Sabda Rasulullah s.a.w:

 

“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”
(Riwayat Ahmad)

 

Alhamdulillah, luasnya rahmatMu ya Allah. Dengar orang baca pun boleh saja dapat pahala. Senangnya nak melabur pahala di dunia, senang juga nak mencari dosa di dunia ini. Aduhai si fulan…!!! (aku la tu…)

 

Baiklah, berbalik kepada cerita tadi, semasa dalam perjalanan, perut abangku mula berasa sengal-sengal (alamatnya nak buang air besar la tu…) tak apa lah, kami pun singgah lah di R&R Simpang Pulai iaitu mungkin kira-kira 25 KM lagi nak sampai Ipoh. Kami tak berhenti di R&R, sebaliknya kami pi isi minyak dekat Petronas dan guna tandas awam kat situ. Ok, sementara tunggu minyak habis diisi, aku masuk la kejap dalam kedai Petronas tu, nak cari benda-benda yang edible (boleh dimakan) kehkehkeh…

 

Sambil memilih minuman kesukaan ku, radio channel mana entah yang dipasang, IKIM kut ada orang azan. (Radio-radio arus perdana mana ada azan, contoh: era.fm, hot.fm. cuma ada tazkirah-tazkirah ustaz-ustaz feymes. Kalau tak silap ambo la, akalu silap betulkan ya). Nampaknya sudah masuk waktu asar. Ok, waktu asar dah masuk…!!! (dalam hati la, padahal perbuatan zahir tidak melakukannya.)

 

Dah beli minuman tu, masuk la dalam kereta, mak pun pesan kat abah,

“haaa ni Asaq dah masuk dah kut, boleh la kita singgah sat semayang kat surau petronaih ni…”

abah memotong, “haisshhh, baru pukui 4.30 masuk apanya… tak masuk lagi aiihhh…” Aku tersenyum saja tengok gelagat mereka, namun aku hanya berdiam sahaja. “Ehh, aku terlupa atau aku buat-buat terlupa tadi aku dengar orang azan kat dalam kedai tadi?? Ahh, itu radio siaran Selangor, itu azan selangor, kami sekarang  dekat Perak” Bisik hatiku mencari seribu satu alasan.

 

Abangku dah selesai hajatnya. Kami pun bertolak la dari R&R Simpang Pulai tu nak balik ke Utara. Sepanjang perjalanan pulang aku dah macam tak sedap hati. Aku bertafakkur seketika, “Elokkah kita kalau tangguh-tangguh sekejap solat kita walaupun dalam perjalanan, bukankah kami ni dalam golongan orang yang bermusafir?? Kalau lah aku tak sempat nak solat Asar macam mana?” Usik hatiku sudah mula rasa ada yang tidak kena. Aku sentiasa dalam keadaan was-was. Tak eloklah dalam keadaan was-was ni. Nampak sangat syaitan sedang menguasai kita. Ya Allah, lemahnya hambaMu ini.

 

Sedang berkhayal di awang-awangan, celik-celik dah sampai dalam terowong sebelum nak sampai Kuala Kangsar tu dah. Cepat juga ya masa berlalu. Ingat lagi masa tu hujan lebat sesangat lebat nak habaq mai sampai jalan pun tak nampak. Kira paling laju dan kelajuan paling relevan boleh dipandu maybe dalam 80 km/jam sebab abang aku pandu dalam hujan lebat sekitar kelajuan tu la.

 

Keluar saja kami dari terowong tu, hujan punya la lebat. nasib baik masa tu tak pasang radio kut-kut ada lagu Hujan ka, “Pagi yang gelap, kini sudah terang…”

(anda sambung sambung sendiri ye liriknya.) Kira-kira dalam kilometer yang ke 260. Aku ternampak sebuah kereta terkandas di tengah-tengah jalan. bukan terkandas biasa-biasa. Ini yang luarbiasa punya ni, siap melintang tengah jalan. Masya-Allah, nak buat macam mana ni??

 

Abangku dah mula cuak. Masa tu dia ikhtiar habis-habis dah. Dia dok tengah drive boleh tahan laju juga la. Nak mengelak macam mana ni?? Melintang tengah jalan kut kereta tu. Nak tak nak kena mengelak ke tepi jalan la, pada masa yang sama masa tu hujan lebat. Nak brek kereta punya la kritikal habis lah, stereng tu boleh kata pusing 360 darjah la. Aduhai, Ya Allah, hanya padamu lah aku berharap…!!!

 

GEDEGANGGGGG….!!!!

eksiden sudah.

Innalillahi wa inna ilaihi roji’unn.

…………..

…………..

…………..

…………..

…………..

…………..

…………..

………………………….

………………….

………..

…..

..

.

 

Fuh3. Hati ku berdebar-debar rasanya.

Panik mula menyelubungi diriku. Astaghfirulllah.

Istighfar banyak-banyak.

~~ 00TAMAT00 ~~

 

Pangajaran yang aku nak bagi dari apa yang aku cerita di atas adalah;

 

1. Kita tak tahu bila ajal kita datang menjemput kita. Tambah-tambah lagi Allah dah bagi petanda dekat kita ( masa aku terdengar orang azan dalam kedai Petronas tadi.), itu pun aku buat-buat tak tahu. Buat alasan pulak. Aduhai, lalai sungguh aku ni.

 

2.  Mula-mula memang aku buat-buat tak tau. Waktu Asar dah masuk pun aku ingat boleh tangguh-tangguh lagi. Tapi bila musibah datang tak kira masa menimpa aku, mula la aku nak ingat dekat Allah. Ya Allah..!!! Aku malu pada Mu ya Allah…!!! Sebagai hambaMu aku tak patut langsung buat macam ni. Astaghfirullah…!!! Aku takut ayat ni kena dengan aku.

 

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.

( 10: 12 )

 

Tapi aku bersyukur aku masih lagi dalam agama yang diredhaiNya yakni Islam. Sebab tu Allah dah pesan dalam quran, nikmat Islam adalah nikmat yang terbaik bagi hamba-hambaNya dan kita takkan dapat menghitung nikmat Allah…!!!

 

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

( 16:18 )

Subhanallah…!!!

 

3. Di sini kita boleh bermuhasabah diri kita, di mana kita berada, di mana tahap kita?? Layakkah kita merindukan kematian seperti para syuhada di kala berdepan dengan lebih 1,000 orang sedangkan tentera Islam pada masa tu hanya lah 313 orang sahaja ketika perang Badar??? Ya…!! Mereka merindukan kematian…!!! Sebab mereka Allah dah janji syurga meski pun mereka syahid. Sedangkan aku ni takut mati. Sebab apa?? Jangan tanya aku, tanya lah diri anda sebab apa dan sama ada anda bersedia atau tidak untuk menghadapi mati.

 

Wallahu ‘alam.

 


Read Full Post »