Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Oleh Mohd Fadly Samsudin
TIADA yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’ ayat 34)

Pernikahan menyingkap segala-galanya. Kelebihan dan kekurangan saling diimbangi dan ditampung bersama hingga mewujudkan keserasian dalam perkahwinan mereka buat selama-lamanya.

Isteri adalah orang penting bagi seorang suami hingga apa saja situasi yang berlaku sama ada ketika berada dalam kesusahan, kebuntuan atau kegembiraan isteri tempat bercerita, mengadu dan meluahkan segala-galanya.

Sebelum mengambil keputusan menyunting pasangan untuk dijadikan teman hidup, seorang lelaki perlu membuat pilihan tepat supaya perkahwinan yang dibina berkekalan.

Malah, keluarga pihak wanita perlu menyegerakan perkahwinan apabila anak mereka dilamar lelaki yang berakhlak mulia, sudah berkemampuan dan dilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Isteri yang solehah sudah tentu dapat mengemudi akhlak anak-anak yang soleh dan solehah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa”.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”.

Hadis berkenaan adalah panduan kepada seorang lelaki untuk membina rumah tangganya. Maka lelaki perlu cari dan memilih wanita yang mempunyai asas agama dalam membentuk kebahagiaan dalam rumah tangga.

Terbukti, wanita yang menjadi idaman setiap lelaki adalah yang mempunyai akhlak yang terpuji, berbudi bahasa, lembut pertuturannya, memelihara kehormatannya, bertanggungjawab terhadap urusan rumah tangga serta menjalinkan hubungan baik dengan semua orang di sekelilingnya.

Terus terang dikatakan setiap lelaki mempunyai penilaian berbeza mengenai ‘kecantikan’ yang dimiliki seorang wanita. Kecantikan sebenarnya bermula dari dalaman iaitu mempunyai keimanan serta melakukan perbuatan baik.

Janganlah sesekali menjadi wanita yang lengkap memiliki kecantikan, tetapi digunakan untuk tujuan maksiat dan kemungkaran.

Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan.

Nabi pernah ditanya mengenai sebaik-baik wanita, Baginda bersabda yang bermaksud: “Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menerusi hadis berkenaan, Rasulullah memberi keutamaan agar memilih calon isteri yang menjaga kehormatan dirinya serta harta suaminya.

Perwatakan lemah-lembut dan penyayang memang tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Peranan mereka sebagai ibu berjaya mendidik serta melahirkan anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Calon isteri terbaik mungkin dapat dipilih berdasarkan kepada aspek kesuburannya. Ia perlu diteliti supaya kelak isteri mampu melahirkan anak yang ramai.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kahwinlah dengan gadis perawan kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya dan lebih reda dengan yang sedikit”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Tanda atau ‘bayangan’ kesuburan itu boleh diperhatikan melalui keadaan ibu atau adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya ramai peluang untuk melahirkan zuriat yang ramai lebih cerah.

Rasulullah turut menganjurkan supaya lelaki memilih wanita yang masih dara (belum berkahwin) kerana jika ada memilih janda umpamanya mungkin cenderung untuk membandingkan antara suami dan bekas suaminya dulu.

Memilih calon isteri dari kalangan kaum keluarga seperti sepupu pula tidak digalakkan bagi memelihara zuriat, menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan.

Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat”.

Kelahiran zuriat yang soleh dan solehah bakal membentuk generasi yang dapat meninggikan syariat Allah serta memakmurkan dunia ini.

Justeru, peranan wanita amat besar kepada pembangunan ummah dan masyarakat dalam membina tamadun dunia.

Islam menetapkan peraturan yang mana antara lelaki dan perempuan itu mesti bersesuaian dari segi kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya supaya bertambah kuat pertalian jodoh di antara kedua-duanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Perempuan itu pakaian kamu dan kamu pakaian perempuan”. (Surah al-Baqarah ayat 187)

Maka ‘pakaian’ itu perlu bersesuaian dengan badan orang yang memakainya.

Kemudian tidak halal bagi seseorang lelaki menikahi wanita penzina. Namun larangan berkenaan ‘mansuh’ apabila wanita yang pada awalnya seorang penzina, tetapi sudah meninggalkan perbuatan lamanya dan bertaubat.

Menurut Abdullah bin Abbas: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah).

Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah an-Nur ayat 5)

Kesimpulannya, dalam membuat pilihan calon isteri bukan satu perkara remeh kerana hakikatnya suami yang bakal menjaga urusan dan hal ehwal rumah tangga.

Setiap individu mengimpikan keluarga yang Sakinah, Mawaddah warrahmah

Lelaki perlu menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan memilih wanita yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan berpegang kepada agama Allah supaya urusan rumah tangga kelak berlangsung dengan baik, terancang serta terurus.

Amalkan bacaan doa seperti: “Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Furqan ayat 74)

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata perkahwinan adalah ikatan amanah iaitu setiap pasangan perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Apabila seseorang lelaki baik mengambil keputusan mengahwini seorang perempuan yang kurang baik, jadi dia bertanggungjawab untuk memperbaiki kekurangan isteri yang dikahwininya.

“Perkara ini memang boleh terjadi kerana walaupun kita sering mendengar bahawa ‘jodoh di tangan Tuhan’ tetapi kita perlu ingat manusia adalah makhluk yang diberikan kemampuan untuk berusaha mendapat sesuatu.

“Berdasarkan pertimbangan yang berbeza-beza pada setiap individu, tidak mustahil seorang itu mendapat pasangan yang kurang baik, tetapi manusia masih lagi boleh melakukan perubahan terbaik dalam hidupnya,” katanya.

Beliau berkata Rasulullah memberi keutamaan kepada aspek agama dalam pemilihan isteri.

“Tetapi ada tiga kriteria lain yang disebutkan baginda iaitu kecantikan, keturunan serta harta yang tidak boleh diketepikan.

“Baginda berpesan jika kamu memilih atas dasar agama maka ia membawa lebih kebaikan. Kerana itu, ulama fiqh membincangkan kriteria pemilihan itu secara lebih meluas dalam skop ‘kafaah’ atau kufu iaitu boleh diambil kira, tetapi tidak jadikan sebagai keutamaan.

“Sifat pemalu yang menjadi fitrah bagi wanita Muslimah mestilah dikekalkan, tetapi bukan bermakna mereka langsung tidak boleh bergaul dengan orang lain,” katanya.

Rahimi berkata Islam melihat ikatan perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat suci dengan memberi perhatian kepada proses praperkahwinan supaya kekal sepanjang hayat.

“Antara ruang yang diberikan kepada lelaki ialah boleh melihat wanita yang bertujuan untuk dijadikan isteri (bukan memandang untuk tujuan berseronok).

“Namun begitu, syariat menetapkan panduan dan batas tertentu yang hanya boleh melihat tapak tangan dan muka. Ia lebih kepada ilmu yang disebutkan Imam Syafie sebagai ilmu firasat,” katanya.

Menurutnya jika salah seorang dari pasangan pernah melakukan kesalahan seperti berzina dengan bekas kekasihnya kemudian berkenalan dan berkahwin pula dengan individu yang baik peribadinya, seseorang itu perlu bertaubat daripada kesalahan lama dan berusaha untuk mencari seseorang yang dapat membantu memperbaiki dirinya.

“Ia membuka ruang lebih luas bagi mendapatkan pasangan baik dengan syarat taubatnya adalah taubat nasuha,” katanya.

Dipetik dari blog pondokhabib.wordpress.com

Kebelakangan ini banyak yang aku petik memetik hasil nukilan orang lain untuk dimuatkan dalam blog aku. Entahlah, dah kontang otak. (Bukannya kontang pun, malas sebenarnya.)

Advertisements

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tahun ketujuh sebelum hijrah, ketika itu Rasulullah saw. sedang dalam kesusahan kerana tindakan kaum Qurasy yang menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah menyebabkan beliau sentiasa perlu bersabar.

Dalam suasana seperti itu, tiba-tiba terpercik cahaya memancar memberikan hiburan yang menggembirakan. Seorang pembawa berita memberitahu kepada beliau, “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.

Wajah Rasulullah berseri-seri kerana gembira menyambut berita tersebut.

Siapakah bayi itu? Sehingga, kelahirannya dapat mengubati hati Rasulullah yang sedang duka, berubah menjadi gembira ? Itulah dia, Usamah bin Zaid.

Orang tua Usamah

Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah bersuka-cita dengan kelahiran bayi yang baru itu. Kerana, mereka mengetahui kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah.

Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adalah bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab.

Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yang merawat sesudah ibunda wafat. Kerana itu, dalam kehidupan Rasulullah, beliau hampir tidak mengenal ibunda yang mulia, selain Ummu Aiman

Rasulullah menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung ini.

Adapun bapanya adalah kesayangan ) Rasulullah, Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia memeluk Islam.

Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahsia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga beliau dan orang yang sangat dikasihi dalam Islam.

Kegembiraan Kaum Muslimin dan Sayangnya Rasulullah SAW kepada Usamah

Kaum muslimin turut bergembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid, melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu boleh terjadi kerana tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah juga mereka sukai.

Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi yang sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb” (kesayangan anak kesayangan).

Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi itu dengap panggilan tersebut. Kerana, Rasulullah memang sangat menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati.

Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah, Hasan bin Fatimah az-Zahra. Hasan berkulit putih tampan bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan datuknya, Rasulullah s.a.w..

Usamah kulitnya hitam, hidungnya penyek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeza.

Beliau sering mengambil Usamah, lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian, diambilnya pula Hasan, dan diletakkannya di paha yang satunya lagi.

Kemudian, kedua anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya, lalu berkata, “Wahai Allah, saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka!”

Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu hari Usamah tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah, tetapi tidak mampu melakukannya.

Kerana itu, beliau berdiri mendapatkan Usamah, lalu beliau hisap darah yang keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu, beliau pujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan hingga hatinya merasa tenteram kembali.

Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil, tatkala sudah besar beliau juga tetap menyayanginya. Hakim bin Hazam, seorang pemimpin Qurasy, pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah.

Hakam membeli pakaian itu di Yaman dengan harga lima puluh dinar emas dari Yazan, seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah dari Hakam, sebab ketika itu dia masih musyrik.

Lalu, pakaian itu dibeli oleh beliau dan hanya dipakainya sekali ketika hari Jumat. Pakaian itu kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah sentiasa memakainya pagi dan petang di tengah-tengah para pemuda Muhajirin dan Ansar sebayanya.

Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang pantas menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah.

Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.

Dikisahkan bahawasanya pada suatu hari, terjadilah pencurian dimana pelakunya adalah seorang wanita ternama dari bangsa Quraisy, maka kaum Quraisy pun terlena, apa yang semestinya diputuskan terhadap wanita tersebut sedangkan hukuman untuk pencuri adalah potong tangan.

kemudian mereka ingin bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW namun ketidak beranian yang mereka miliki membuat mereka mundur langkah dan maju langkah. Hingga terbitlah dihati salah seorang diantara mereka bahawasanya orang yang paling berani untuk menanyakan hal ini adalah Usama, kerana dia adalah orang yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Rasulullah saw.

Dengan segera mereka menemuinya dan memintanya agar meminta keringanan kepada Rasulullah saw terhadap wanita terseut. ketika Usama menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah bersabda:

Janganlah engkau meminta keringanan dalam masalah hukum agama, sesungguhnya bangsa-bangsa terdahulu binasa kerana hal itu, bila diantara mereka orang bangsawan mencuri maka mereka mengampuninya dan bila orang miskin yang mencuri maka ditegakkan hukum sebaik-baiknya dan sesungguhnya bila Fatimah Binti Muhammad mencuri niscaya saya akan memotong tangannya.

Usamah Dalam Perang Uhud

Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak sebayanya, putera-putera para sahabat. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah.

Sebahagian mereka diterima Rasulullah dan sebahagian lagi ditolak kerana usianya masih sangat muda. Usamah bin Zaid teramasuk kelompok anak-anak yang tidak diterima.

Kerana itu, Usama pulang sambil menangis. Dia sangat sedih kerana tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.

Usamah Dalam Perang Khandaq

Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja, putera para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang.

Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang. Kerana itu, beliau mengizinkannya, Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun.

Usamah Dalam Perang Hunain

Ketika terjadi Perang Hunain, tentera muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi, Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama denga ‘Abbas (bapa saudara Rasulullah), Sufyan bin Harits (anak saudara Usamah), dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia.

Dengah kelompok kecil ini, Rasulullah berhasil mengembalikan kekalahan para sahabatnya menjadi kemenangan. Beliau berjaya menyelamatkan kaum muslimin yang lari dari dikejar kaum musyrikin.

Usamah Dalam Perang Mu’tah

Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah komando ayahnya, Zaid bin Haritsah. Ketika itu umurnya kira-kira lapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala sendiri tatkala ayahnya syahid di medan tempur sebagai syuhada.

Tetapi, Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan, dia terus bertempur dengan gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga Ja’far syahid di hadapan matanya pula.

Usamah menyerbu di bawah komando Abdullah bin Rawahah hingga pahlawan ini gugur pula menyusul kedua sahabatnya yang telah syahid. Kemudian, komando dipegang oleh Khalid bin Walid.

Usamah bertempur di bawah komando Khalid. Dengan jumlah tentara yang tinggal sedikit, kaum muslimin akhirnya melepaskan diri dari cengkeraman tentara Rum.

Selesai peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (Syria) dengan mengenang segala kebaikan almarhum.

Pengangkatan Usamah dalam Perang Melawan Rom

Ketika Islam berjaya pada masa Rasulullah di Arab. Dengan suka rela, setiap insan yang mendengar seruan kalimat laa ilaha illallalah Muhammadur Rasulullah berbondong-bondong menyambutnya.

Wajah-wajah kusut yang semula diselimuti kabut kemusyrikan menjadi cerah disinari pancaran cahaya Ilahi. Tidak ketinggalan juga Farwah bin Umar Al-Judzami, ketua daerah Ma’an dan sekitarnya yang diangkat Kaisar Rom.

Mengetahui hal itu, para penguasa Rom marah dan mereka segera menangkap Farwah dan menyumbatnya ke penjara. Seterusnya, ia dibunuh dan kepalanya dipancung, lalu diletakkan di sebuah mata air bernama Arfa’ di Palestin. Mayatnya disalib untuk menakut-nakuti para penduduk agar tidak mengikuti jejaknya.

Mendengar desas-desus yang seolah menyindir kemampuan Usamah itu, Umar bin Khatthab segera menemui Rasulullah. Beliau sangat marah, lalu bergegas mengambil serbannya dan keluar menemui para sahabat yang tengah berkumpul di Masjid Nabawi. Setelah memuji Allah dan mengucapkan syukur, beliau bersabda,

“Wahai sekalian manusia, saya mendengar pembicaraan mengenai pengangkatan Usamah, demi Allah, seandainya kalian menyangsikan kepemimpinannya, berarti kalian menyangsikan juga kepemimpinan ayahnya, Zaid bin Haritsah. Demi Allah, Zaid sangat pantas memegang kepemimpinan, begitu juga dengan puteranya, Usamah. Kalau ayahnya sangat saya kasihi, maka puteranya pun demikian. Mereka adalah orang yang baik. Hendaklah kalian memandang baik mereka berdua. Mereka juga adalah sebaik-baik manusia di antara kalian.”

Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentara untuk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua.

Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun. Beliau memerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum dekat Gazzah, termasuk wilayah kekuasaan Rum.

Setelah itu, beliau turun dari mimbar dan masuk ke rumahnya. Kaum muslimin pun beradatangan hendak berangkat bersama pasukan Usamah.

Mereka menemui Rasulullah yang saat itu dalam keadaan sakit. Diantara mereka terdapat Ummu Aiman, ibu Usamah. “Wahai Rasulullah bukankah lebih baik, jika engkau biarkan Usamah menunggu sebentar di perkemahannya sampai engkau merasa sihat. Jika dipaksa berangkat sekarang, tentu dia tidak akan merasa tenang dalam perjalanannya,” ujarnya.

Namun Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Biarkan Usamah berangkat sekarang juga.”

Kata Usamah, “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat, saya datang menghadap beliau diikuti orang banyak, setelah saya masuk, saya dapati beliau sedang diam tidak berkata-kata kerana kuatnya sakit beliau. Tiba-tiba beliau mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya tahu beliau memanggilku.”

Ketika Usamah mencium wajahnya, beliau tidak mengatakan apa-apa selain mengangkat kedua belah tanganya ke langit serta mengusap kepala Usamah, mendoakannya.

Sikap Khalifah Abu Bakar bila ada cadangan penggantian Usamah

Usamah segera kembali ke pasukannya yang masih menunggu. Setelah semuanya lengkap, mereka mulai bergerak. Belum jauh pasukan itu meninggalkan Juraf, tempat markas perkemahan, datanglah utusan dari Ummu Aiman memberitahukan bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam telah wafat.

Usamah segera memberhentikan pasukannya. Bersama Umar bin Khatthab dan Abu Ubaidah bin Jarraf, ia segera menuju rumah Rasulullah. Sementara itu, tentera kaum muslimin yang bermarkas di Juraf membatalkan pemergian dan kembali juga ke madinah.

Abu Bakar Shidiq terpilih dan dilantik menjadi khalifah. Khalifah Abu Bakar meneruskan pengiriman tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sesuai dengan rancangan yang telah digariskan Rasulullah.

Tetapi, sekelompok kaum Anshar menghendaki supaya menangguhkan keberangkatan pasukan. Mereka meminta Umar bin Khattab membicarakannya dengan Khalifah Abu Bakar.

Abu Bakar segera memanggil Usamah untuk kembali memimpin pasukan, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah sebelumnya. Tindakan Khalifah tentu sahaja mendapat reaksi dari beberapa sahabat. Tambahan pada masa  itu beberapa kelompok kaum muslimin murtad dari agama Islam. Kota Madinah memerlukan penjagaan ketat.

Kata mereka, “Jika khalifah tetap berkeras hendak meneruskan pengiriman pasukan sebagaimana dikehendakinya, kami mengusulkan panglima pasukan (Usamah) yang masih muda remaja ditukar dengan tokoh yang lebih tua dan berpengalaman.”

Mendengar ucapan Umar yang menyampaikan usul dari kaum Ansar itu, Abu Bakar bangun menghampiri Umar lalu berkata dengan marah, “Hai putera Khattab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini engkau menyuruhku membatalkan keputusan Rasululllah. Demi Allah, tidak ada cara begitu!”

Abu Bakar juga berkata, “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, seandainya aku tahu akan dimakan binatang buas sekalipun, niscaya aku akan tetap mengutus pasukan ini ketujuannya. Aku yakin, mereka akan kembali dengan selamat. Bukankah Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam yang diberikan wahyu dari langit telah bersabda, “Berangkatkan segera pasukan Usamah!’

Tatkala Umar kembali kepada orang ramai, mereka menanyakan bagaimana hasil pembicaraannya dengan khalifah tentang usulnya. Kata Umar, “Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah, beliau menolak dan malahan saya kena marah. Saya dikatakan berani membatalkan keputusan Rasulullah.

Maka, pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan panglima yang masih muda remaja, Usamah bin Zaid. Khalifah Abu Bakar turut menghantarkannya berjalan kaki, sedangkan Usamah menunggang kendaraan.

Kata Usamah, “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan anda naik kendaraan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki.

Jawab Abu Bakar, “Demi Allah! jangan turun! Demi Allah! saya tidak hendak naik kendaraan! Biarlah kaki saya kotor, sementara menghantar engkau berjuang fisabilillah! Saya titipkan engkau, agama engkau, kesetiaan engkau, dan kesudahan perjuangan engkau kepada Allah. Saya berwasiat kepada engkau, laksanakan sebaik-baiknya segala perintah Rasulullah kepadamu!”

Kemudian dibalas oleh Usamah dengan jawaban yang penuh makna, “Aku menitipkan kepada Allah agamamu, amanatmu juga penghujung amalmu dan aku berwasiat kepadamu untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Rasulullah.”

Kemudian, Khalifah Abu Bakar lebih menghampiri kepada Usamah. Katanya, “Jika engkau setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia tinggal untuk membantu saya. Usamah kemudian mengizinkannya.

Kemenangan Usamah 

Usamah dan pasukannya terus bergerak dengan cepat meninggalkan Madinah. Setelah melewati beberapa daerah yang masih tetap memeluk Islam, akhirnya mereka tiba di Wadilqura.

Usamah mengutus seorang perisik dari suku Hani Adzrah bernama Huraits. Ia maju meninggalkan pasukan hingga tiba di Ubna, tempat yang mereka tuju.

Setelah berjaya mendapatkan berita tentang keadaan daerah itu, dengan cepat ia kembali menemui Usamah. Huraits menyampaikan informasi bahawa penduduk Ubna belum mengetahui kedatangan mereka dan tidak bersiap-sedia.

Ia mencadangkan agar pasukan sepantasnya bergerak untuk melancarkan serangan sebelum mereka mempersiapkan diri. Usamah setuju. Dengan cepat mereka bergerak.

Seperti yang dirancangkan, pasukan Usamah berjaya mengalahkan lawannya. Hanya selama empat puluh hari, kemudian mereka kembali ke Madinah dengan sejumlah harta rampasan perang yang besar, dan tanpa korban seorang pun.

Usamah berhasil kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang.

Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”

Kecintaan Kaum Muslimin Kepada Usamah

Usamah bin Zaid sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin. Kerana, dia sentiasa mengikuti sunah Rasulullah dengan sempurna dan memuliakan peribadi Rasul.

Khalifah Umar bin Khattab pernah diprotes oleh puteranya, Abdullah bin Umar, kerana melebihkan pemberian kepada Usamah dari  Abdullah sebagai putera Khalifah.

Kata Abdullah bin Umar, “Wahai Bapa! Bapa memberi untuk Usamah empat ribu dinar, sedangkan kepada saya hanya tiga ribu dinar. Padahal, jasa bapanya agaknya tidak akan lebih banyak daripada jasa Bapa sendiri. Begitu pula peribadi Usamah, agaknya tidak ada keistimewaannya daripada saya.

Jawab Khalifah Umar, “Wah?! jauh sekali?! Bapanya lebih disayangi Rasulullah daripada bapa kamu. Dan, peribadi Usamah lebih disayangi Rasulullah daripada dirimu.”

Mendengar keterangan ayahnya, Abdullah bin Umar rela pemberian untuk Usamah lebih banyak daripada pemberian yang diterimanya.

Apabila bertemu dengan Usamah, Umar menyapa dengan ucapan, “Marhaban bi amiri!” (Selamat, wahai komandanku?!). Jika ada orang yang hairan dengan sapaan tersebut, Umar menjelaskan, “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi komandan saya.”

Setelah menjalani hidupnya bersama para sahabat, Usamah bin Zaid wafat tahun 53 H / 673 M pada masa pemerintahan khalifah Mu’awiyah.

Itulah nukilan dari kisah seorang pemuda yang berani dalam membela agama Allah tanpa mempedulikan sesuatu yang mengancam jiwanya, dari sinilah kita sebagai pemuda penerus bangsa dan agama alangkah patutlah meniru  seorang sahabat yang berani seperti Usamah bin Zaid.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada para sahabat yang memiliki jiwa dan keperibadian agung seperti mereka ini. Wallahu a’lam.

Read Full Post »

Layakkah Ku Merinduimu?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tibanya jemaah di Jeddah kira-kira pada pukul 5.00 petang (iaitu pukul 10.00 malam waktu di Malaysia). Eloklah, waktu itu merupakan waktu yang agak sibuk di sana. Setelah selesai urusan pengesahan passport setiap jemaah yang datang menziarahi lapangan terbang (Jeddah) ini, kami terpaksa menunggu bas untuk bergerak ke Madinah yang diberi gelar al-Munawarah. Setelah puas menunggu kira-kira 1 jam, bas yang akan membawa kami ke Madinah akhirnya sampai, Alhamdulillah!

Perasaanku ketika tiba di Jeddah secara jujurnya boleh ku katakan macam tiada apa-apa yang istimewa tentang tempat ini. Keadaannya panas, kering, bangunannya tidak membangun dan tidaklah semoden di Malaysia ini. Bangunan rumah pula mirip seperti rumah-rumah arab seperti digambarkan dalam buku-buku sirah sekolah rendahku. Ketawa kecil hatiku ini. “Aduh, bodohnya aku! Tidak sedarkah aku ini sedang berada di Tanah Haram?” Tegur hati kecilku. Astaghfirullah, susahnya nak jaga hati ini.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 4 jam. Setelah dicongak waktu perjalanan dari Jeddah ke Madinah tolak waktu berehat, solat Qasar, serta lain-lain penagguhan waktu perjalanan, kami tiba di bandar Madinah al-Munawwarah kira-kira jam 1.30 pagi. Setibanya di Bandar Madinah, alangkah gemuruhnya perasaanku melihat bandar di mana Rasulullah telah menjanjikan barakah Tanah Haram Madinah ini. Rasulullah pernah berdoa yang bermaksud:

“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Hadith yang lain Rasulullah bersabda:

“Madinah adalah tanah haram, letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke atasnya laknat Allah SWT, malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari kiamat kelak.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Manakala Rasulullah telah berdoa kepada Allah agar sukatan dan timbangan di Tanah Haram Madinah ini diberkati dua kali ganda daripada Ummul Qura (Makkah). Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Ya Allah, aku sekarang berada di Tanah Haram yang telah diberkahi oleh kekasihmu! Sedang dalam keasyikan ku melihat keindahan malam bandar Madinah, mutawif yang bertugas menerangkan tentang sejarah serta keistimewaan Tanah Haram ini. Selesai sahaja diterangkannya tentang peristiwa-peristiwa bersejarah di Tanah Suci ini, tiba-tiba kedengaran sebuah lagu nasyid yang dimainkan. (Mutawif tu ambik handset dia letak dekat mikrofon yang disediakan atas bas tu). Lagu yang dimainkan tersebut rupanya adalah lagu dari kumpulan Raihan yang bertajuk “Alangkah Indahnya Hidup Ini”. Sukar menggambarkan perasaan diri ini ketika meneliti serta menghayati bait-bait lirik nasyid ini. Entah bagaimana pipiku mula dibasahi dengan air mata. Aku tidak dapat meluahkan perasaanku ketika itu.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu…

Ya Rasulullah! Aku sedang menuju kepadamu wahai kekasih Allah! Aku khawatir aku tidak layak memiliki syafaatmu wahai Nabi Allah!

Layakkah aku!? Layakkah aku menatap wajahmu!?

Layakkah aku!? Layak aku mencium tanganmu!?

Layakkah aku!? Lagi layakkah aku mendakap dirimu Ya Rasulullah!?

Perasaanku bercampur sedih dan bahagia ketika itu. Sukar untukku menentukan manakah aku berada sekarang? Aku teringin sangat-sangat nak tatap wajahmu wahai Rasulullah, tapi banyak mana selawatku kepadamu? Aku teringin sangat-sangat nak cium tanganmu wahai Nabi Allah, tapi banyak mana sunnahmu aku amalkan? Aku teringin lagi memeluk tubuhmu wahai kekasih Allah, tapi siapalah aku ini di matamu wahai Rasulullah, andai ku ditanya tentang dirimu, hanya beberapa perkara sahaja yang ku tahu tentang dirimu Ya Rasulullah.

Malunya aku wahai Rasulullah di depanmu.  Siapalah diriku ini. Aku ini hamba yang bergelumang dengan dosa, lidah ini sudahlah berat nak berselawat ke atasmu, apatah lagi nak mengikut sunnahmu, nak beramal dengan sunnahmu?

Malunya aku Ya Rasulullah!!!

Ah, semasa aku di Malaysia bukan main rindu kepadamu semasa menyambut hari keputeraanmu. Bukan mainlah post status di Facebook, ” Aku merinduimu wahai Rasulullah! ” Tetapi esoknya benda lain pula dirindunya. Hipokritnya aku! Adakah aku membohongi diriku? Aduhai malunya aku!

Aku mulai sedar, setelah aku menjejakkan kakiku di Tanah Suci ini, betapa besarnya berkat tanah Suci ini, betapa besarnya ganjaran yang telah Nabi janjikan kepada sesiapa yang menziarahi Masjid Nabawi serta maqamnya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa”

(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad dalam lafaz-lafaz yang berbeza)

Daripada Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku.”

(Hadith Riwayat ad-Daruqutni)

Sebelum menziarahi maqam Rasulullah, hendaklah dipersiapkan dahulu segala niat kita, sucikan hati ini, bersihkan segala kekotoran yang ada pada diri. Kita perlu mengetahui adab-adab menziarahi maqam Rasulullah. Sesudah itu, setibanya di hadapan maqamnya, sampaikanlah salam kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz:

“السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله”

Dengan peluang yang ada ini, inginku berusaha meningkatkan ibadahku di Masjid Nabawi ini kerana Rasulullah telah mengingatkan kita tentang satu hadith sohih yang bermaksud, dari Jabir , Rasulullah SAW telah bersabda:

“Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik daripada 100,000 solat daripada tempat lain.”

(Hadith Riwayat Ahmad)

Insya-Allah, semoga Allah menerima segala amalanku di Tanah Suci ini, bahkan sesudah pulang ke tanah air nanti, segala amal iabdahku juga diterima dan semangat untuk melakukan amalan-amalan soleh dirasai kemanisan dan diredhai oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya hanyalah redha Allah sahaja yang kucari dalam mencari erti hidup ini.

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim.

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Melakukan dosa adalah perkara yang paling susah untuk tidak buat bagi seseorang manusia. Maaf, bukan paling susah, bahkan takkan ada seorang pun yang tidak akan melakukan dosa walau satu hari. Apatah lagi diri hamba yang banyak lalai dari mengingat Allah, berzikrullah padaNya jauh sama sekali.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (2:222)

Aku akur, setiap hari memang aku gemar melakukan dosa, tidak kira samada melakukan perkara maksiat secara sedar atau tidak sedar. Alhamdulillah, jika aku TERsedar, maka aku akan beristighfar. Astaghfirullahal azim (Aku memohon keampunan pada mu ya Allah!) Namun, kalau aku tak sedar, maka secara automatically, malaikat yang mencatit amalan buruk (‘Atid) tanpa teragak-agak lagi sangat peka menjalankan tugasnya selaku makhluk ciptaan Allah. Mereka begitu taat dan bekerja tanpa kenal erti penat lelah. ( memang la malaikat tidak ada nafsu)

Lalu, aku terus melakukan dosa tanpa rasa malu kepada Tuhan dan tiada langsung rasa malu menikmati segala nikmat-nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada ku. Ya, aku akur selama ini aku tidak malu menjamah segala rezeki yang Allah telah kurniakan kepadaku. Aku tidak malu melihat segala ciptaan yang indah-indah yang Allah kurniakan kepadaku. Aku tidak malu menjejakkan kakiku di bumi Allah yang mempunyai kerajaan langit dan Bumi serta yang menciptakan tujuh petala langit dalam enam masa. (hanya Allah yang Maha Mengetahui)

Habis, bagaimana lagi aku nak tebus dosaku. Ya, setiap kali aku buat dosa, aku segera bertaubat selepas itu. Kemudian, selang seminggu aku buat lagi. Maklumlah, Maksiat ni kadang-kadang terasa enak apabila nafsu mula mengemudi hati ikut selera dia sahaja. Manusia ini kadang-kadang naik imannya, namun selalunya turun imannya. Situasi di mana turun imanku inilah yang paling susah untuk menghadapi nafsu-nafsu serakah yang menyelubungi diri ini setiap waktu.

“Ah, aku sudah tak tahan lagi menahan kemaruk selama berminggu-minggu aku bersabar ini! Ingin ku lepaskan semuanya!”

Tewas lagi aku kali ini!

Namun beberapa seketika kemudian, penyesalan sudah mula timbul dalam diri ini. Sampai bila lagi aku nak menyesal! Aku dah serik dengan perbuatan menyesal. Kemudian perasaan insaf menyusul, namun hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Begitulah peredaran nafsu aku setiap minggu. Kalau boleh tahan berbulan-bulan Alhadulillah lah. Tetapi ia jarang berlaku.

Macam kitaran haid pulak. Kahkahkah!

Aku tertanya-tanya diriku.

“Apakah amalanku, solatku, ibadahku selama ini diterima?”

“Kalaulah amalan aku ini sia-sia, bagaimana?”

“Sudah lah diri ini digelar macam-macam gelaran oleh rakan-rakan di IPT sana?

“Bukanlah aku suka sangat, tetapi bukanlah aku membencinya.”

“Namun, alhamdulillah. Mereka seolah-olah mendoakanku menjadi seorang yang baik dan soleh. Insha-Allah.”

“Aku takut aku ini soleh, baik, mulia pada pandangan manusia.”

“Tetapi pada pandangan ilahi aku ini tidak beza seperti seorang fasiq. Na’uzubillah!”

Ya Allah, aku memohon kekuatan dan keampunan dariMu! Sesungguhnya aku tidak punya daya dan upaya melawan nafsu ini sendirian melainkan dengan kekuatan iman yang Engkau kurniakan kepada setiap hambaMu yang soleh. Juga segala hidayah itu semata milikMu ya Rabb!

Maha suci Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat. Aku yakin dengan RahmatNya seluas langit dan bumi. Melalui hadith Qudsi, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari apa yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beliau bersabda:

“Dahulu, ada seorang yang telah berbuat dosa. Setelah itu, ia berdoa dan bermunajat; ‘Ya Allah, ampunilah dosaku! ‘ Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya hamba-Ku mengaku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa atau memberi seksa karena dosa.” Kemudian orang tersebut berbuat dosa lagi dan ia berdoa; “Ya Allah, ampunilah dosaku!” Maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa atau menyeksa hamba-Nya karena dosa….

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdapat juga riwayat daripada Al Hafizh Ibnu Rajab al Hambali mengatakan bahwa Ibnu Abi ad Dunya dengan sanadnya dari Ali berkata: 

”Sebaik-baik kalian adalah setiap yang terkena fitnah yang bertaubat, yaitu setiap kali dirinya terkena fitnah dunia (bermaksiat) lalu bertaubat; Ditanyakan kepadanya: “Jika dia mengulanginya lagi?

Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.” 

Dia ditanya lagi: “Jika orang itu mengulangi lagi?”

Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.”

Dia ditanya lagi: “Jika orang itu mengulangi lagi?”

Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.”

Dia ditanya: ”Sampai bila?”

Dia menjawab: ”Hingga syaitan kelelahan.”

Umar bin Abdul Aziz didalam khutbahnya mengatakan:

Wahai manusia, barangsiapa yang merasa melakukan dosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat, jika dia kembali berdosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat, jika dia kembali berdosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat. Sesungguhnya ia adalah kesalahan-kesalahan yang dililitkan diatas leher seseorang. Sesungguhnya kecelakaan adalah ketika hal itu diulang-ulang.”

Maksudnya (dari perkataan itu) adalah bahwa seorang hamba pasti melakukan apa yang telah ditetapkan baginya dosa, sebagaimana sabda Nabi shalalllahu ‘alaihi wa sallam:

Sesungguhnya Allah Allah `Azza Wa Jalla telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Para pendapat ulama:

Akan tetapi Allah telah memberikan kepada hamba-Nya jalan keluar terhadap dosa yang menimpanya dan Dia menghapuskannya dengan taubat dan istighfar. Dan Jika dia melakukannya maka dirinya telah terlepas dari keburukan dosa-dosa dan jika dia terus-menerus berdosa maka dia akan celaka.”

(Jami’ al Ulum wa al Hikam juz I hal 164 – 165) – (Fatwa al Islam Sual wa Jawab No. 9231)

Begitulah sifat Maha Sabar dan Maha Pengasih. Buktinya jelas, jalannya terbuka luas. Tiada alasan lagi untuk kita menangguh-nangguhkan segala dosa lampau yang telah kita lakukan.

Aku memperingati diriku dan juga para pembaca sekalian, tujuan aku berkongsi ilmu ini bukanlah untuk menganjur diri kita supaya terus menerus melakukan maksiat. Selepas itu segera bertaubat, kemudian buat maksiat lagi dan seterusnya mengulangi perbuatan tersebut.

Cumanya aku hanya ingin menyatakan di sini bahawa Rahmat Allah itu luas, serta murka Allah juga perlu kita ingatkan. Kita perlu ingat bahawa hisab/seksa Allah itu Maha Pantas. Allah juga Maha Teliti terhadap hama-hambaNya. Allah itu Maha Mengetahui yang tersembunyi ataupun nyata. Qada’ dan qadar kita di “tangan” Allah, mana lah tahu tak sempat kita bertaubat Allah taqdirkan kita ajal di saat kita melakukan maksiat! Na’uzubillahi min zaalik.

Nah! Diri ini dah berazam nak ber’taubat’ selepas bermaksiat, tetapi Allah mengambil nyawa di tengah-tengah jalan kita sedang bergelumang maksiat yang jelas hina buat sekalian makhluk.

Aduhai, segeralah bertaubat dan berazamlah untuk  berhenti daripada mengulangi perbuatan tersebut serta berusahalah untuk menjauhi perkara yang mendorong diri kita mendekati zina ini. Allah merakamkan firmanNya dalam surah al-Israa:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” 

( 17:32 )

Pernikahan adalah salah satu daripada langkah-langkah mengelak daripada terjerumus daripada maksiat.

Aku pinta sekali lagi kekuatan iman daripadaMu Ya Allah!

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pemimpin wanita pada masanya ini adalah puteri ke-4 dari anak-anak Rasulullah, dan ibunya adalah Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Sesungguhnya Allah telah menghendaki kelahiran Fatimah yang mendekati tahun ke-5 sebelum Muhammad diangkat sebagai Rasul diiringi dengan peristiwa yang sangat besar, yang menjadikan kaum Quraisy ridha terhadap Muhammad. Yakni sebagai pemutus perselisihan sengit yang terjadi di kalangan mereka.

Berkaitan dengan peletakkan batu hitam (Hajar Aswad) setelah bangunan Ka’bah diperbaharui. Dengan kecerdasan akal beliau Shalallahu ‘alaihi wassalaam perselisihan itu mampu diselesaikan dan pedang-pedang pun disarungkan kembali setelah sebelumnya dihunus untuk berperang diantara kabilah-kabilah.

Lahirnya Serikandi Ummu Abiha

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam merasa gembira dengan kelahiran Fathimah dan nampaklah tanda berkah dan kebaikan pada dirinya. Beliau memberi nama Fathimah dan memberi julukan Az-Zahra. Sedangkan kunyahnya adalah Ummu Abiha (ibu bagi bapaknya).

Ia puteri yang paling mirip dengan ayahnya. Fathimah tumbuh di bawah asuhan ayahnya yang penyayang. Rasulullah selalu memperhatikan pendidikan Fathimah agar ia bisa mengambil pelajaran yang banyak dari beliau berupa adab, kasih sayang dan bimbingan yang lurus.

Seperti yang telah didapat oleh ibunya, Khadijah, berupa sifat-sifat yang suci dan perangai yang terpuji. Dengan dasar itu Fathimah tumbuh di atas kesucian yang sempurna, kemuliaan jiwa, cinta kepada kebaikan dan berakhlak baik. Ia mampu mengambil keteladanan yang tinggi dari ayahnya dalam segala perbuatan dan tingkah laku.

Matang di Saat Masih Kecil

Saat mencapai usia 5 tahun, Fathimah Az-Zahra melihat perubahan yang sangat besardalam kehidupan ayahnya disebabkan wahyu mulai turun kepada beliau. Ia merasakan mulai munculnya permasalahan pada dakwah yang diemban ayahnya. Ia pun menyaksikan ibunya selalu berada di samping ayahnya ikut serta berbagai peristiwa besar yang dihadapi ayahnya.

Fathimah menyaksikan berbagai tipu daya dilakukan orang-orang kafir terhadap ayahnya. Ia berharap seandainya dirinya mampu menggantikan apa yang dihadapi ayahnya dengan kehidupannya dan mencegah kaum musyirikin kepada bapaknya. Tetapi bagaimana ia mampu melakukan hal itu sedangkan dirinya masih kecil!

Di antara penderitaan yang amat berat di awal dakwah adalah pemboikotan yang dilakukan terhadap kaum muslimin. Kaum muslimin diboikot bersama Bani Hasyim di lembah Abu Thalib yang mengakibatkan kelaparan dan hal ini mempengaruhi kesehatan Fathimah.

Namun dalam kondisi yang lemah, selama hidupnya ia tetap membantu ayahnya. Ketika Fathimah yang masih kecil ini berhasil melewati ujian pemboikotan yang keras itu, ia dikejutakan denganujian baru berupa kematian ibunya, Khadijah. Ia pun sangat sedih dengan kematian ibunya.

Setelah ibunya wafat, Fathimah memiliki peran dan tanggung jawab yang besar di depan ayahnya sebagai seorang Nabi yang mulia yang semakinbanyak rintangan dakwah khususnya setelah kematian pamannya yaitu Abu Thalib dan istrinya yang selalu menepati janji.

Penderitaan yang berlipat-lipat dan berbagai peristiwa itu dihadapi Fathimah dengan sabar karena mencari pahala di sisi Allah. Ia menempatkan dirinya di samping ayahnya untuk memberikan baktit sebagai pengganti ibunya. Karena itu, ia dibri kunyah Ummu Abiha (Ibu bagi bapaknya).

Pembantu Setia di Kala Kesusahan

Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengizinkan para shahabatnya berhijrah ke Madinah, peristiwa itu membutuhkan peran yang sangat besar dari Ali bin Abi Thalib karena memiliki resiko yang tinggi. Dimana Ali bin Abi Thalib diminta menggantikan posisi Rasulullah.

Ali pun tidur di pembaringan Rasulullah untuk mengelabuhui para pemuda Quraisy. Kemudian secara diam-diam selama 3 hari di Mekkah dia berupaya menyampaikan amanat Nabi yang telah berhijrah yaitu memberikan barang-barang titipan untuk orang-orang yang berhak menerimanya.

Fathimah dan Ummu Kultsum tetap berada di Mekkah sampai Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengutus seorang shahabat untuk menjemput keduanya. Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-13 sejak beliau diutus dan saat itu Fathimah telah berusia 12 tahun. Di Madinah ia menyaksikan orang-orang Muhajirin telah memiliki perasaan yang aman dan rasa ngeri karena keterasingan telah lenyap dari diri-diri mereka. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam telah mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan beliau menjadikan Ali bin Abi Thalib sebagai saudara.

Saat Penyuntingan Fathimah az-Zahraa

Setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam menikahi Sayyidah Aisyah, maka para tokoh-tokoh shahabat berupaya meminang Fathimah Az-Zahra setelah sebelumnya mereka menahan untuk melakukan hal itu karena ia masih bersama ayahnya dan disibukkan dengan berbagai urusan ayahnya.

Abu Bakar dan Umar maju lebih dahulu untuk meminang, tetapi Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam menolakdengan lemah lembut yang tinggi. Lalu Ali bin Abi Thalib datang kepada Rasulullah untuk melamar Fathimah. Ali berkata (menceritakan peristiwa tersebut):

”Saya ingin bertemu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam untuk melamar Fathimah. Saya berkata: Demi Allah, saya tidak mamiliki harta apapun. Namun kemudian saya ingat akan kedermawanan dan kebaikan Rasulullah. Maka saya pun melamar Fathimah kepada beliau. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam berkata kepadaku: ”Apakah di sisimu ada sesuatu?”

”Tidak ada, ya Rasulullah, ”jawabku.

”Di mana pakaian perangmu yang hitam, yang saya berikan kepadamu? ”tanya Beliau.

”Masih ada padaku wahai Rasulullah, ”jawabku.

”Berikan itu kepadanya, ”kata Beliau.

Lalu Ali bergegas pergi dan kembali lagi dengan membawa pakaian perang yang dimaksud. Nabi memerintahkannnya untuk menjual pakaian perang tersebut agar wangnya bisa digunakan untuk biaya perkawinan. Utsman bin Affan membeli pakaian perang tersebut dengan harga 470 dirham. Lalu Ali menyerahkan wang tersebut kepada Rasulullah. Beliau memberikan wang itu kepada Bilal supaya memakai sebagian untuk membeli parfum. Sisanya Beliau berikan kepada Ummu Salamah supaya ia membelikan perlengkapan pengantin.

Kemudian Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengundang para shahabatnya. Rasulullah menjadikan mereka sebagai saksi bahwa sesungguhnya beliau menikahkan Fathimah dengan Ali bin Abi Thalib dengan mahar 400 mistqal perak sebagai pelaksanaan sunnah (ajaran Nabi) yang tetap dan kewajiban yang harus dilaksanakan.

Saat Pernikahan Ali karamallahu wajhah dan Fathimah az-Zahraa 

Sekadar hiasan

Beliau menutup khutbah pernikahan dengan memintakan berkah bagi kedua mempelai dan memintakan keturunan yang baik untuk keduanya. Kemudian beliau menyuguhkan bejana yang berisi korma kepada para shahabat.

Pada malam pengantin saat Fathimah Az-Zahra akan menemui pahlawan Islam yakni Ali bin Abi Thallib, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memerintahkan Ummu salamah agar mengantar pengantin puteri kepada Ali di tempat yang telah di persiapkan untuk tinggal keduanya. Beliau menghendaki agar mereka berdua nantinya menetap di sana.

Setelah shalat Isya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam pergi menemui keduanya. Kemudian beliau meminta air, berwudhu darinya, kemudian beliau mengucurkan air wudhu tersebut kepada keduanya dan beliau berdo’a:

”Ya Allah Ya Tuhan kami, berkahilah keduanya dan curahkanlah berkah atas keduanya, serta berkahilah keturunan keduanya.”

Sekadar hiasan

Kesederhanaan Kehidupan Fathimah di sisi Suaminya yang Tercinta

Kaum muslimin merasa gembira atas pernikahan Fathimah Az-Zahra dengan Al-Imam Ali. Datanglah Hamzah, paman (bapa saudara) Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalaam dan juga paman Ali dengan membawa 2 ekor kambing kibas, lalu menyembelihnya, kemudian dia menjamu orang-orang Madinah.

Setelah 1 tahun pernikahan mereka berlalu, Fathimah melahirkan cucu lelaki untuk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam pada tahun ke-3 Hijriyah. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam sangat gembira dengan kelahiran Al-Hasan. Beliau mengumandangkan adzan pada telinganya, mentahniknya dan menamakannya Hasan. Beliau pula yang membersihkan kotoran dari kepala Hasan (mencukur rambut) dan bershadaqah untuk para fakir miskin dengan perak seberat rambutnya. Saat umur Hasan genap 1 tahun lahirlah Husain pada bulan Sya’ban tahun ke-4 Hijriyah.

Hati Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam amat suka cita atas keberadaan 2 cucunya yang mulia. Beliau (bisa) melihat ada suatu keistimewaan pada keduanya karena kehidupan beliau yang khusus di atas bumi ini. Beliau melimpahi keduanya dengan kecintaan dan kasih sayang yang besar. Tatkala ayat yang mulia diturunkan:

”Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Al-Ahzab: 33)

Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam (saat itu) berada di sisi Ummu Salamah. Lalu beliau memanggail Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, kemudian beliau menutupi mereka dengan kain dan berdo’a:

”Ya Tuhan kami, mereka adalah keluargaku (ahlul baitku), maka hilangkanlah kotoran (dosa) dari mereka, dan sucikanlah mereka dengan kesucian yang benar.”

Beliau mengucapkannya 3 kali, kemudian berdo’a:

”Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah shalawat Engkau dan berkah Engkau kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau menjadikannya kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Buah dari do’a yang penuh berkah itu menghasilkan keberkahan yang beruntun. Pada tahun ke-5 Hijriyah Fathimah Az-Zahra melahirkan anak perempuan dan kakeknya (Nabi) menamakannya Zainab. Setelah 2 tahun dari kelahiran Zainab, ia melahirkan anak perempuan lagi dan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memberi nama untuknya dengan nama Ummu Kultsum.

Sekadar hiasan

Dengan demikian Allah telah melimpahkan nikmat yang sangat besar kepada Fathimah. Allah telah membatasi keturunan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam pada anaknya dan dengan itu Dia telah menjaga keturunan yang mulia yang diketahui oleh manusia. Sesungguhnya kecintaan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam kepada Fathimah memiliki tempat tersendiri. Ketika beliau datang dari safar (misalnya), beliau masuk masuk masjid lalu shalat 2 rakaat kemudian mendatangi Fathimah lebih dulu baru mendatangi para istrinya.

Aisyah Ummul Mukminin berkata: ”Saya tidak melihat seseorang yang perkataan dan pembicaraannya paling menyerupai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam selain Fathimah. Jika Fathimah masuk menemui Rasulullah maka beliau berdiri menuju kepadanya, menciumnya dan menyambutnya. Seperti itu juga Fathimah berbuat terhadap beliau.”

Kemuliaan Fatimah az-Zahraa

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam telah mengungkapkan rasa cinta kepad puterinya ini tatkala beliau berkata di atas mimbar:

”Sesungguhnya Fathimah bagian dari saya, barang siapa yang membuatnya marah, maka dia telah membuatku marah.”

Dalam riwayat lain:

”Sesungguhnya Fathimah adalah bagian dari saya, mendustakan saya apa-apa yang mendustakannya dan menyakiti saya apa-apa yang menyakitkannya.”

Selain beliau memiliki kecintaan yang sangat besar, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam juga menjelaskan kepada Fathimah dan yang lainnya bahwa setiap orang harus memiliki amal dan perbekalan taqwa. Pada suatu hari beliau berdiri lalu berkata:

”Wahai kaum Qurasiy, belilah diri-diri kalian, karena saya tidak bisa memberikan manfaat sedikitpun dari Allah untuk kalian. Wahai…wahai…wahai Fathimah binti Muhammad, mintalah kepada saya apa yang engkau inginkan dari harta saya. Sesungguhnya saya tidak bisa memberikan manfaat sedikitpun dari Allah untuk kalian.”

Dalam satu riwayat:

”Wahai Fathimah binti Muhamad, selamatkan dirimu dari api neraka, sesungguhnya aku tidak mampu (menolak) bahaya dan (memberi) manfaatdari Allah untuk engkau…”

Diririwayakan dari Tsauban, dia berkata:

”Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam masuk menemui Fathimah dan saya bersama beliau. Fathimah memegangi lingkaran kalung pada lehernya, kemudian ia berkata: ”Abdul Hasan (Ali bin Abi thalib) telah mnghadiahkan ini kepadaku.” Maka beliau berkata: ”Wahai Fathimah, apakah engkau senang kalau manusia berkata kepada engkau: Fathimah binti Muhammad di tangannya ada lingkaran api?”

Beliau mencerca dan mencela puterinya dengan celaan yang sangat keras, kemudian keluar dan tidak duduk. Maka Fathimah melepas kalung itu lalu menjualnya dan uangnya dipakai untuk membeli budak lalu ia memerdekakannya. Ketika sikapnya itu terdengar oleh Rasulullah, maka beliau berkata:

”Segala puji bagi Allah, Dzat yang telah menyelamatkan Fathimah dari api neraka.”

Inilah kedudukan yang telah dicapai Fathimah di sisi Rasulullah. (Meski demikian) hal itu tidak menghalangi beliau untuk mencerca dan mencelanya. Bahkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memperingatkannya bahwa sesungguhnya beliau tidak bisa memberikan manfaat sedikitpun terhadapnya dari (adzab) Allah.

Rasulullah mengancam jika ia mencuri, maka beliau akan menegakkan hukuman kepadanya dan memotong tangannya. Sebagaimana yang terdapat dalam hadist wanita Al- Makhzumiyah yang telah mencuri dan kaumnya meminta pertolongan untuknya melalui kesayangan beliau yaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah.

Disebutkan dalam hadist:

”Demi Allah, kalau Fathiamah puteri Muhammad mencuri, tentu saya memotong tangannya.”

Bahkan lebih dari itu, sesungguhnya bagian dari cinta Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam adalah beliau bersikap keras terhadap Fathimah. Sampai beliau lebih mengutamakan para fakir miskin dalam keadaan ia mengalami kehidupan yang sempit dan keras.

Nasihat Berguna buat Puterinya

Ali berkata kepada Fathimah:

”Sesungguhnya engkau telah merasakan kesulitan dan kerepotan (dalam mengurusi rumah tangga) wahai Fathimah, sehingga aku engelus dadaku (karena merasa kasihan). Sesungguhnya Allah telah mendatangkan tawanan, maka pergilah engkau (kepada ayahmu) dan mintalah seorang wanita yang akan menjadi pelayan bagimu.”

Fathimah berkata: ”Akan saya lakukan insya Allah.” kemudian ia mendatangi Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam . Tatkala melihatnya, Rasulullah merasa gembira dan bertanya: ”Apa yang engkau inginkan wahai puteriku?” Fathimah berkata: ”Saya datang untuk memberikan salam kepada ayah.”

Inilah pakaian puteri seorang pemerintah juga pahlawan di medan pertempuran dan juga puteri kepada Rasulullah, Fatimah az-Zahraa. Masha-Allah, Indahnya peribadi Ahlul Bait.

Ia merasa malu untuk mengutarakan permintaannya dan ia pun kembali. Namun Fathimah datang lagi dengan ditemani suaminya. Ali menyebutkan tentang keadaan Fathimah kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam berkata kepadanya:

Tidak. Demi Allah saya tidak akan memberi kepada kalian berdua (dalam keadaan) saya tinggalkan Ahlus Suffah (orang-orang miskin yang tinggal di sekitar masjid Nabi) dalam keadaan perut-perut mereka melilit. Saya tidal mendapati sesuatu yang bisa saya infakkan untuk mereka.”

Keduanya pun kembali ke rumahnya. Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam mendatangi rumah Ali dan Fathimah, sedangkan mereka berdua dalam keadaan memakai selimut. Jika keduanya menutupkan (selimut tersebut) ke kepala maka telapak kaki mereka tampak, jika keduanya menutupi telapak kaki, maka kepala keduanya terbuka. Keadaan ini menggugah (perasaan) Nabi j.

Beliau berkata: ”Tetaplah kalian di tempat kalian (dan tidak usah berdiri untuk menyambutku)! Maukah kalian kuberitahu tentang suatu amalan yang lebih baik daripada yang kalian minta?”

”Mau, wahai Rasulullah, ”jawab mereka berdua.

Beliau berkata: ”Yaitu beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, bacalah ssetelah shalat tasbih 10 kali, tahmid 10 kali, dan takbir 10 kali. Kemudian jika kallian berdua hendak tidur, bacalah tasbih sebanyak 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir sebanyak 33 kali. Hal itu lebih baik bagi kalian berdua dari seluruh pelayan.”

Ali berkata: ”Demi Allah, saya tidak akan meninggalkan bacaan tersebut sejak beliau mengajarkannya kepadaku.”

Dipetik dari blog Ummi Munaliza.

Masha-Allah, sebak hati ini membaca kisah puteri Rasulullah yang sarat dengan pengajaran dan tauladan. Insha-Allah, sama-sama kita ambil apa yang boleh dijadikan iktibar daripada kisah di atas dan jadikan sebagai amalan seharian kita.

Wallahu’alam.

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampaknya agak lama aku tidak meng’update’ blog aku ni ya. Sekarang sudah masuk 19 Jun bersamaan 17 Rejab 1432 Hijriah. (Sedang mempraktik nak ingat bulan-bulan hijriah. Tahun hijriah sekarang ni pun agak senang nak ingat sebab angkanya berbeza dan mengikut turutan; {1-4-3-2-} Tengok, semua nombor ada. Kan senang nak ingat tu. Ikut turutan pula tu, 1, 2, 3, 4.)

Baik, berbalik kepada tujuan sebenar entry ini. Sebenarnya akhir-akhir ni solatku tak berapa khusyuk. Aku tak pasti samada pengaruh luar solat ka, persekitaran yang mengganggu ka, fikiran yang kotor ka (dirty thoughts), ataupun apa-apa sahaja yang mampu mengganggu khusyuk solatku ini. I wonder what it is?

Seusai ku solat di masjid aku sering memerhati sekeliling masjid. Aku pun perhati la dekat dinding masjid bahagian atas. Rata-rata masjid ada sedikit ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat yang cantik. Aku percaya potongan ayat-ayat al-Quran ini bukan hanya untuk perhiasan semata-mata, bahkan sebagai ayat peringatan buat tetamu-tetamu Allah yang beribadat dalm masjid ini. Ayat yang selalu tertera di dinding ni contohnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

( 23 : 1-3 )

Terkesan hati aku baca ayat ni. Mesti lah, aku solat selalu pun bukannya khusyuk sangat. Maklumlah amalan aku setiap hari bukanlah amalan apa-apa pun. Sama la seperti insan-insan kerdil yang lain, tunaikan solat 5 waktu, solat-solat sunat rawatib (ada juga yang tertinggal), puasa dua hari seminggu dan macam-macam lagi (bukan niat nak menunjuk, harap maklum. Ini bagiku amalan yang biasa-biasa sahaja.) Lalu, aku pun terfikir bagaimana nak menambahkan lagi khusyuk dalam solat ni. Aku sentiasa perbaiki tentang amalan-amalanku setiap hari. Kenapa solatku ni tidak mencegah pun dari melakukan perkara mungkar?

Aku pun dalam proses mencari alternative untuk mencari khusyuk dalam solat. Hmm, bagaimana ya? Aku mengambil jalan untuk menambah baikkan cara mengambil wudhukku. Bagi aku ini adalah salah satu daripada beberapa jalan untuk memperbaiki khusyuk dalam solat, Insha-Allah. Jadi di sini aku ingin kongsikan ilmu tentang doa-doa tambahan ketika mengambil wudhuk, sama-samalah kita amalkan.

Dimulakan wudhuk dengan membaca:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, aku minta berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan, dan aku minta berlindung kepada Engkau, wahai Tuhanku, daripada mereka yang dating kepadaku.”

Ketika membasuh dua tangan hendaklah membaca doa:

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta daripada Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku meminta perlindungan kepada Engkau daripada kecelakaan dan kebinasaan.”

Ketika berkumur-kumur hendaklah dibaca doa:

Ya Allah, tolonglah aku untuk membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkan aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.”

Ketika memasukkan air ke hidung hendaklah dibaca doa:

Ya Allah, berikanlah kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau redha kepadaku.”

Dan ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah dibaca doa:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bauan neraka dan siskaan neraka.”

Ketika membasuh muka selain dari niat wudhuk bacalah doa:

Ya Allah, cahayakanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari bercahayanya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh-musuh Engkau.”

Ketika membasuh tangan dan siku kanan hendaklah dibaca:

Ya Allah, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku dengan mudah.”

Dan bagi tangan kiri hendaklah di baca doa:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan kiriku atau dari belakangku.”

Ketika menyapu kepala hendaklah dibaca doa:

Ya Allah litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku di bawah bayang Arash Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau, Ya Allah, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api neraka.”

Ketika menyapu dua telinga hendaklah membaca doa:

Ya Allah jadikanlah aku daripada kalngan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, Ya Allah perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama-sama orang  yang baik-baik.”

Ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa:

“Ya Allah, tetapkanlah kakiku di atas titian Sirat al-Mustaqim bersama tetapnya kaki-kaki hamba-Mu yang soleh.”

Dan ketika membasuh  kaki kiri hendaklah membaca doa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku minta berlindung kepada Engkau daripada tergelincirnya kakiku di atas titian ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafiq.”

Apabila selesai mengambil wudhuk, diakhiri dengan bacaan doa yang lazim kita baca:

“Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.”

Nasihat buat diriku dan juga para pembaca sekalian semoga doa ini dapat meningkatkan amalan seharian kita malah menambahkan khusyuk dalam solat kita tidak kira samada fardhu atau sunat.

Wallahu’alam

Read Full Post »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum aku memulakan kalam ini, ingin aku menasihati diriku dan juga para pembaca sekalian. Kesakitan yang kita alami memang tidak terperi, tidak kiralah sakit dari segi jasmani, fizikal, mental atau rohani. Aku tahu, saban hari aku juga pernah mengalami sakit jiwa atau bahasa pasarnya ‘sakit hati’ kalau komen-komen di Facebook yang kadang-kadang mengeluarkan kata-kata yang berbaurkan individu,bangsa, dan paling sakit hati komen-komen atau status yang melibatkan agama.

Aku akur kesakitan tu kadangkala tidak dapat diubati, bukan tidak diubati, cuma kita tidak tahu apakah penawarnya. Sebenarnya semua sakit itu ada ubatnya, tetapi itu semua atas dasar usaha kita samada kita nak cari penawar itu atau buat sendiri, terpulanglah kepada individu itu. Tetapi apa yang pasti, penyakit yang memang pasti tiada ubatnya, ialah MATI. Sepertimana Baginda yang dikasihiNya telah bersabda:

Ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu.

Mereka bertanya, “apakah yang satu itu?”, Baginda menyatakan:

iaitu tua.”

(Hadith Riwayat Tarmizi)

Ya, Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali tua, tua itu kan dekat dengan mati.

Hampir setiap malam di rumah, aku sering menyapu ‘ointment‘ (sejenis ubat sapu) dekat siku nenekku. Malam-malam sebelumnya siku membengkak tetapi kelihatan tidaklah serius. Namun, dalam beberapa hari ni aku tersedar bengkaknya semakin merah dan membesar. Paling tidak dijangkakan, malam berikut, sikunya bengkak kemerahan sehingga bernanah! Masya-Allah, apa harus aku lakukan ni!? Manakan tidak, nanahnya itu pecah dan meleleh keluar. Ya Allah, sakitnya! Lagipun bukannya aku yang mengalami kesakitan itu. Pelik, macam lah aku boleh rasa apa yang nenekku rasa.

Lalu, aku pun tanya lah nenekku, “Tok, sakit dak tangan ni, bernanah sampai meleleh ni, sebelum ni tak macam ni pon.”

“Haa, sakit. Tapi tak apalah, sikit ja ni.” Balas nenekku sambil dahinya berkerut menahan sakit.

Aduh, Aku amati wajahnya pun dah boleh baca dia tengah menahan sakit. Aku pernah la juga sakit bernanah ni masa dulu. Ya Allah, seteruk-teruk sakit yang kau timpakan di dunia ni, lebih teruk azabMu di akhirat kelak. Moga-moga aku dijauhkan azabMu, Ya Allah. Sedang ku merenung nanah nenekku itu, teringat pula aku tentang sepotong ayat al-Quran menceritakan azab Allah di akhrat nanti kepada golongan yang ingkar akan perintahNya.

Dan tiada makanan sedikit pun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.”

( 69:36 )

Aku tak dapat lagi menerangkan bagaimana keadaan orang-orang yang berdosa di akhirat nanti. Nanah keluar dari kulit sendiri pun dah sakit, lagikan terpaksa minum darah dan nanah manusia-manusia yang ingkar kepadaNya nanti. Na’uzubillahi minzaalik.

Aku pun merenung wajah nenekku yang sudah pun lewat usianya. Mungkin usianya yang tua ini lah yang dikatakan oleh Baginda yang tiada ubatnya. Mungkin yang Baginda maksudkan tu usia tua tiada ubatnya nak balik menjadi muda semula. Sebab tu ramai warga-warga emas ni lah yang duk selalu nampak pi masjid setiap malam. Kalau pi mana-mana pun mesti orang tua lah yang jadi ‘pelanggan tetap’ rumah Allah. Alhamdulillah, mungkin mereka sendiri dah faham betapa dah lewatnya usia mereka menyebabkan mereka nak ‘cover’ balik amalan mereka ketika zaman pesta muda-mudi dulu.

Apa yang aku hairan terhadap golongan warga emas yang tak sedor diri ni. Dah la tua, ada hati lagi nak menyanyi lagu melalaikan, nak naik pentas berjoget berdansa, masih lagi main Facebook menyamar jadi orang muda mengurat anak gadis (yang main Facebook berdakwah, Alhamdulillah). Kadang-kadang tu aku tengok TV kat rumah dengan keluarga, ada la duk tunjuk orang menyanyi (bukan program realiti, kalau program realiti dah lama aku blah la. Menyampah aku tengok anak melayu dok tayang dedah mendedah. Bangga dengan kurnia Allah bagi, tapi guna tak kena tempat, malah mengundang murka Allah.) rancangan apa entah orang tua duk menyanyi, pakai baju melayu songkok sampin semua elok dah, tapi menyanyi atas pentas lagu cintan cintun. (Contoh, lebih kurang macam ni la)”Ku melihat wajah manis Si dia. Hati ku berdebar, haii asyiknya dunia…” Masya-Allah, sedar ke tak pokcik ni diri dah tua, usia yang Allah bagi ‘penalty’ tu guna sebaik-baiknya.

Berbalik kepada nenekku yang sakit itu, aku pun senyum pada wajahnya dan bagi la kata-kata semangat sikit, ” Sabar lah Tok, sakit ni sat ja. Sakit sikit ja. Allah saja nak ampun dosa Tok tu.”

Ya, ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Allah Maha Berkuasa di atas segala kehendakNya. Banyak cara yang Dia bagi nak ampun dosa kita. Antaranya inilah, melalui sakit.

 “Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab

( 39:10 )

Sayidatina ‘Aisyah pun pernah tanya kat Rasulullah s.a.w. tentang sakit dan apa Baginda cakap,

Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengan satu dosa.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, luasnya rahmatMu! Apa jua penyakit yang membelenggu kita, Allah sengaja ingin menggurkannya bagi kita dosa-dosa yang lampau. Aku bersyurkur Ya Allah, banyak sungguh cara yang Engkau akan ampunkan dosa hamba-hambaMu. Aku ni di usia muda pun dah banyak buat dosa, solat pun kadang-kadang tu lewat, bangun subuh pun kat rumah ni tak menentu. Aduhai si fulan!

Wallahu’alam.

Read Full Post »

Older Posts »