Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2011

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini dalam sejarah:

I’m creating a blog…!!!

Wowzers…!!! Alhamdulillah, Hidayah itu milik Allah. Diberikan kepadaku untuk buat blog. I still don’t wanna believe it, i’m creating a blog…

Fuh2 ,nervous sungguh… (tekan keyboard pun dok terketaq-ketaq jari-jemari.)

Anyway, sebelum memulakan kalam2 ku yang mengarut. Aku nak habaq kat pembaca2 yang sedang boring membaca blog aku ni. Harap maaf lah atas tatabahasa yang aku tulis sepanjang blog hayat ku ini. Maklumlah, aku punya penulisan/essay memang TERBAIKLAH.

Jadi, kalau terperasan ada ayat grammar hancoq tu, tak payah tegur la yee. Kalau anda nak tegur juga, aku tak ambil kisah pun. Dah ramai yang tegur aku grammar hancuq. Tak apa lah. (dah nama blog pun “a broken malay”)

Objective:

Tujuan aku bina blog ni, juz for reminder to me. Every day I did wrong things. I’m sure that we all do. But not for para siddiqeen. I juz wanna follow them. Even I know I am not capable to. But I’m keep trying harder and harder.

Sepanjang perjalanan blog ini, Insha-Allah aku akan “share”kan maklumat yang bermanfaat. Sebab dalam al-Quran sendiri Allah nyatakan supaya kita minta dekat Allah supaya dikurniakan ilmu2 bermanfaat.

رَبِّ زِدْنِي عِلْماً

“Duhai Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (20 : 114)

Begitu juga aku kena lah sampai-sampaikan, nasihat-menasihati, serta saling berpesan. Allah ada menyatakan dalam kalamNya.

“Dan berpEganglah kamu semuanya kepada tali Allah(agama allah),dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah kamu nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah telah menjinakkan antara hati-hati kamu itu, lalu jadilah kamu itu dengan nikmat Allah orang-orang yang bersaudara”. (3 : 161)

But wait, Habibullah (Rasulullah s.a.w.) pon ada qoyak.

“Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah di kalangan kamu ialah mereka yang berjinak-jinak dan berusaha menjinakkan hubungan antara satu sama lainnya. Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah di antara kamu ialah orang-orang yang menyebarkan perbuatan umpat-mengumpat dan orang-orang yang memecah-belahkan di antara para saudara”. (H.R. at-Tabbarani)

Haaa, saja mau letak dalil-dalil sikit, hadith-hadith secukup rasa. Nak bagi nampak bermutu. Bukan saja nak tunjuk ni blog ni baguih. Dakkkk…

Setiap sesuatu hujah mesti ada ‘source’.

Jadi aku nak perjelaskan di sini ialah setiap perkara yang kita buat, kita nilai, mestilah berlandaskan hukum syara’ dan setiap perkara yang kita lakukan mestilah berpandukan as-Sunnah.

Kata “Islam is The Way of Life”.

Tang mana the way of life pun tak tau.

Bukan, ni sekadar peringatan buat diriku yang lalai. Aku selalu saja lalai every seconds in my actions. Entah lah, kalau nak ukur tahap nafsu yang tujuh tahap tu la kan.

(Bab Tahap Nafsu nanti insha-Allah, bakal diketegahkan dalam blog ni)

Entah-entah aku yang tahap Lawwamah apa… Astaghfirullah, I am sure is a very bad guy. Nasib baik Allah itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat. Sempat juga kita “mencuri” masa untuk bertaubat. Masalahnya kita masih melakukan dosa tu. Walaupun dah berazam tak akan lakukan dosa tu lagi. (salah satu daripada 4 syarat-syarat taubat.)

Macam mana tu…???

(Nantikan juga insha-Allah Bab Bertaubat dalam blog ni juga.)

Jadi, aku nak simpulkan di sini. Aku memang cepat lalai. (berapa kali nak ulang tak taw)

Hmmm, bukan main panjang jugak ya coleteh aku di perasmian pembukaan blog baru aku ni.

(Cheh, padahal tak panjang tara mana pun. Perasan panjang plak dehhh…)

Baiklah, insha-Allah aku akan karang-karang lagi di kala masa kelapangan nanti.

Bi iznillah. Wallahu’alam. 🙂

Advertisements

Read Full Post »